CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1559|Reply: 0

[Pahang] Kematian lelaki, wanita dalam kereta tiada unsur jenayah

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Kuantan: Polis mengesahkan kematian seorang lelaki dan wanita yang ditemukan di dalam kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin semalam, tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, berkata berdasarkan siasatan, semua barangan peribadi mangsa berada di dalam kenderaan itu.

Katanya, hasil daripada semakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu mendapati mangsa memandu kereta dan meletakkan kenderaan di kawasan parkir stesen minyak itu pada 6.42 pagi, kelmarin.

"Mangsa juga tidak keluar daripada kenderaan.



"Pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ke lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa ditemui," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat lelaki berusia 41 tahun dan wanita, 43 dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Nor Azman turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menyebabkan siasatan polis terganggu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis di talian 09-4145999," katanya.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Muadzam Shah.

Anggota bomba melakukan operasi membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan menyelamat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiada-unsur-jenayah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.154257 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list