CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2618|Reply: 0

Nasib bos Red Bulls bakal diketahui sebelum GP Bahrain

[Copy link]
Post time 27-2-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode

CHRISTIAN Horner. FOTO AFP

London: Kedudukan ketua pasukan Red Bulls, Christian Horner bakal ditentukan dalam masa terdekat sebelum bermulanya perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di Bahrain, Sabtu ini.

Horner sebelum ini didakwa dakwaan melakukan salah laku di tempat kerja terhadap seorang kakitangan wanita dan satu siasatan dalaman sudah dilakukan pasukan itu biarpun dinafikan Horner.

Menurut sumber yang memaklumkan kepada Reuters, hasil siasatan itu akan dapat diketahui sama ada sebelum perlumbaan di Bahrain ataupun 48 jam selepas berakhirnya saingan itu.

Horner sebelum ini berulang kali menafikan tuduhan itu, malah beliau yakin dirinya tidak terbabit dengan sebarang salah laku seksual mahupun jenayah.



"Saya benar-benar menolak sebarang dakwaan yang dibuat terhadap saya," katanya ketika ditemui pemberita awal bulan ini.

Terdahulu, syarikat induk Red Bull iaitu gergasi minuman Austria, melantik peguam luar untuk menggalas tanggungjawan berhubung siasatan itu.

Horner disoal siasat selama lapan jam oleh peguam di lokasi rahsia dekat London minggu lalu, beberapa hari sebelum salah seorang ketua pasukan paling berjaya sepanjang zaman itu muncul pada majlis pelancaran kereta 2024, pada minggu lalu.

Apabila berita mengenai hubungan sulit itu muncul di dada akhbar Belanda, De Telegraaf, Red Bull mengesahkan mereka akan melancarkan siasatan dan menangani dengan serius kes itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sebelum-gp-bahrain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.318283 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list