View: 2968|Reply: 27
|
[Dunia]
Wanita culik penyampai TV untuk dijadikan suami
[Copy link]
|
|
Wanita culik penyampai TV untuk dijadikan suami
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... uk-dijadikan-suami/
Oleh KOSMO!
25 Februari 2024, 9:18 am
Trishna nekad menculik Sistla dalam percubaan terdesak untuk mengahwininya. - Times Now
NEW DELHI, India – Seorang wanita di bandar Hyderabad, negeri Telangana nekad menculik seorang penyampai televisyen kerana mahu mengahwininya, lapor laman berita Wion News.
Bhogireddy Trishna, 31 merupakan pemilik sebuah perniagaan pemasaran digital di Hyderabad.
Menurut polis, Trishna melihat profil seorang penyampai televisyen, Pranav Sistla di sebuah laman mencari jodoh dua tahun lalu.
Trishna mula berbalas mesej dengannya, tetapi kemudian menyedari bahawa akaun tersebut palsu. Dia kemudian menghubungi Sistla dan memberitahunya mengenai perkara itu.
Sistla membuat laporan polis setelah mendapati akaun palsu itu menggunakan gambarnya.
Trishna bagaimanapun terus melakukan gangguan dengan menghantar mesej kepada Sistla sehingga menyebabkan mangsa menyekat nombor telefonnya.
Menurut polis, Trishna merancang untuk memenuhi impiannya dan berkahwin dengan Sistla. Dia memasang peranti penjejak AirTag pada kereta Sistla untuk menjejaki keberadaan mangsa.
Trishna kemudian mengupah empat lelaki untuk menculik Sistla pada 11 Februari lalu. Mereka membawa mangsa ke pejabat Trishna dan memukulnya dengan teruk.
Setelah dibebaskan, Sistla terus ke balai polis Uppal untuk memfailkan aduan.
Polis menahan suspek dan empat lelaki yang diupahnya untuk melakukan penculikan itu kelmarin. Siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ganasnya sheols cinta tak berbalas siap culik lagi. Adakah pengakhirannya happy ever after atau makan tanggung berak cangkung dalam jel?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 26-2-2024 12:34 AM
Ganasnya sheols cinta tak berbalas siap culik lagi. Adakah pengakhirannya happy ever after atau maka ...
dah mcm video klip abe nuarjen dah - sesucinya cintamu |
|
|
|
|
|
|
|
cm kelakar lak baca cite ni... selalunya yg biasa kita tau kt India byk cite penganiayaan terhadap kaum wanita sampai wanita yg bukan warga india pn ada jadi mangsa...
la ni lak gigih dok culik lelaki bagai...
anyway, rambut lelaki tu dh serupa serban tebalnyer...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selebet mcm ni pon ko nk culik? Buang karen je!mmg npk saiko pompuan nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dh kenapa sampai gigih nk mnculik bagai ni,dh desperate sanggat ke sampai dh hilang kewarasan otak...dh jadi gini last2 ko masuk pnjara nama baik dh tercemar xde lelaki nk kawin ngan ko gak |
|
|
|
|
|
|
|
Cm Cite Tamil sungguh..haha |
|
|
|
|
|
|
|
So suami xdpt... dapat apa ja |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tebal giler rambut macam helmet.
Pic yang tak pakai baju tu pulak errrrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 26-2-2024 08:27 AM
Not bad jg la.
Beza tul gambar kat atas.. manalah x gila pompuan tu tengok body ko berbulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahaha.. Klakar la pulak.. Pompuan kalu giler mmg dasat ek |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pergi culik siap pukul dia tu kenapa? Lagi lah mamat tu trauma. Tak pasal2 ke dalam. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi laa memula cam elok je p kasik tau mamat ni ada org guna gmbr dia wat akaun carik jodoh palsu. tp pastu jd gila byg smpai stalk and kidnap mamat tu. mmg xleh terima rejection minah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rambut heols tu tak boleh setting bagi lagi tinggi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 26-2-2024 01:24 PM
Macam muke Ira Kaza:
Aku tak heran bawak lari zantan.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|