CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5329|Reply: 0

[Perak] Lelaki Thailand didakwa seludup RON95

[Copy link]
Post time 21-2-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode

NAPPHON (tengah) mengaku bersalah atas pertuduhan menyeludup petrol bersubsidi dari negara ini ke Thailand dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Taiping, Perak hari ini.

TAIPING – Seorang lelaki warga Thailand mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup bahan api bersubsidi dari negara ini ke Thailand, Sabtu lalu.

Tertuduh, Napphon Abdulloh, 51, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah meletakkan bahan api petrol ke dalam tangki kereta jenis Toyota Camry bagi maksud membawa barangan itu keluar dari Malaysia melalui darat melebihi kuantiti iaitu sebanyak 60 liter.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pos Jabatan Imigresen, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Berapit, Pengkalan Hulu pada pukul 11.30 pagi, 17 Februari 2024.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 dan boleh dihukum di bawah Perenggan 5(a) peraturan sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Hasyutantee Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan dibenarkan dan kes akan disebut semula pada 25 Mac depan untuk serahan dokumen dan jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... akwa-seludup-ron95/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 1.290073 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list