CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4422|Reply: 0

[Terengganu] Buruh bunuh rakan angkara hutang dipenjara 10 tahun

[Copy link]
Post time 20-2-2024 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Alias (kanan) dihukum penjara 10 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat rakannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh yang membunuh tanpa niat rakannya ekoran berbalah tentang hutang RM1,000 pada tiga bulan lalu, dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Mohd. Alias Mokhtar, 40, mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Che Marzuki Che Daud, 45, dan perbuatan itu didakwa dilakukan Mohd. Alias di sebuah rumah di Kampung Gelugor Kedai, di sini, pada pukul 8.30 malam, 19 November 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dab denda jika sabit kesalahan.

Kosmo! pada 4 Disember lalu melaporkan, Mohd. Alias menyebabkan kematian ke atas Che Marzuki dengan mencederakan mangsa menggunakan tukul, topi keledar dan pisau.

Mayat mangsa yang merupakan penganggur dan memiliki 37 kesan luka akibat serangan tertuduh ditemui salah seorang jirannya pada pukul 10 pagi, 20 November lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... dipenjara-10-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.558915 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list