CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8139|Reply: 0

[Terengganu] 'Maafkan saya kerana tidak mampu selamatkan abang'

[Copy link]
Post time 18-2-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU: Luluh hati seorang suri rumah apabila hanya mampu melihat suaminya dihanyutkan arus deras ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok di sini, pagi tadi.

"Maafkan saya abang, saya sudah berenang untuk menyelamatkan abang kira-kira lima meter daripada pantai," hanya kata-kata itu yang mampu diluahkan Nora Elina Abdul Khalil, 44, dari Petaling Jaya.

Suaminya, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok, di sini, hari ini.

Nora Elina berkata, dia ternampak Zulkarnain timbul di permukaan air selang beberapa minit selepas dihanyutkan ombak, kira-kira jam 11.20 pagi.



"Kita mencampakkan pelampung ke arah Zulkarnain yang ketika itu timbul di permukaan air dan saya berenang ke arahnya untuk menyelamatkan dia.

"Ketika berenang ke arahnya, kita juga turut dihanyutkan arus dan berpatah balik semula ke pantai bimbang turut ditenggelamkan ombak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nora Elina dan Zulkarnain Mohamed serta dua anak perempuannya berusia antara 9 dan 11 tahun bercuti ke negeri ini dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Batu Burok, Jumaat lalu dan dijangka mendaftar keluar esok.

Nora Elina berkata, sebelum kejadian suaminya sedang bermain ombak ditepi pantai, manakala dia dan dua anak bermain pasir di pantai.

"Seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di tempat kejadian turut cuba menyelamatkan Zulkarnain, tetapi gagal dan terus menghubungi pengurusan hotel," katanya sambil mengharapkan suaminya ditemui dalam keadaan selamat.

Komandan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusnizan Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada pengurusan hotel, kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Difahamkan, kejadian pengunjung dihanyutkan arus Pantai Batu Burok adalah kes pertama berlaku tahun ini.


Luluh hati Nora Elina Abdul Khalit, 44, (tengah berbaju hitam) mengenangkan suaminya Zulkarnain Mohamed Zubir, 44 dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok hari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... pu-selamatkan-abang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.295533 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list