CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8606|Reply: 0

[Terengganu] Cikgu Alang kibar bendera JPNT di Annapurna

  [Copy link]
Post time 18-2-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode

WAN Roslan ketika tiba di base camp Gunung Annapurna, Nepal. FOTO Facebook JPNT

Kuala Terengganu: Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berjaya menjejakkan kaki di Kem Pengakalan Annapurna, Gunung Annapurna di Nepal.

Wan Roslan Wan Ramli, 49, atau lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu Alang' memulakan pendakian ke Kem Pengakalan Annapurna setinggi kira-kira 4,130 meter pada program Konserversi Alam Sekitar Pendaki Antarabangsa 2024, Sabtu lalu.

Kejayaan Wan Roslan dari Kampung Sungai Kerak, Marang mendaki gunung dengan suhu mencecah 13 darjah Celcius turut dikongsi Pengarah JPNT Jelani Sulong di sini, hari ini.

Jelani berkata, mendaki dalam cuaca sejuk dengan ketinggian 4,130 meter dari paras laut tanpa semangat waja dan kegigihan serta keazaman yang padu sukar untuk menakluki gunung yang terletak di Nepal.



"Semangat waja ditunjukkan Wan Roslan sehingga berjaya menakluki kem pengkalan gunung Annapurna membanggakan seluruh warga pendidik di negeri ini.

"JPNT menerima satu berita sangat luar biasa apabila kejayaan yang amat membanggakan tercatat dalam sejarah selepas Wan Roslan menggegarkan dunia pendidikan tanah air selepas berjaya menjejakkan kaki ke Kem Pengkalan Annapurna," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Unit Pusat Kokurikulum JPNT Ismadi Zakaria memaklumkan Wan Roslan mengambil masa antara enam dan tujuh jam sehari untuk tiba di kem pengkalan terbabit.

Menurutnya, Wan Roslan tiba di kem pengkalan itu selepas mendaki dalam keadaan cuaca yang sejuk pada Jumaat lalu.

"Wan Roslan berada dalam keadaan sihat dan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini," katanya.

Ismadi berkata, Wan Roslan kini dalam perjalanan balik ke Pokhara iaitu tempat permulaan pendakian dan dijangka pulang ke tanah air pada Sabtu ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-jpnt-di-annapurna

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071304 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list