CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5710|Reply: 0

[Sabah] Empat rumah di Kampung Warisan Inanam terbakar

[Copy link]
Post time 16-2-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.

KOTA KINABALU: Empat rumah di Kampung Warisan, Jalan Tuaran Bypass, Inanam, di sini, musnah dalam kebakaran mengakibatkan lebih 20 penghuni kehilangan tempat tinggal.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 6.22 petang.

Katanya, seramai 36 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran bersama lima jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan empat rumah yang musnah sepenuhnya, operasi pemadaman kebakaran dapat dikawal pada jam 9.08 malam dan kerja-kerja 'overhaul' masih dijalankan.

"Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Kejadian yang bermula pada jam 6.15 petang itu dipercayai dari kebakaran sampah sebelum merebak sehingga memusnahkan empat rumah berdekatan.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Karim Abd Rahman, 28, berkata, ketika kejadian dia bersama adik dan sepupunya berada di dalam rumahnya.

"Masa itu, saya sedang mencuci pakaian di bilik mandi dan terkejut apabila adik memaklumkan rumah terbakar.

"Tanpa sempat menyelamat apa-apa harta benda termasuk dokumen, saya bersama adik dan sepupu bergegas keluar memadam api.

“Usaha kami gagal kerana api merebak dengan cepat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Karim berkata, kejadian itu dipercayai dari pembakaran sampai di bahagian hadapan rumah jirannya.

"Jiran sebelah membakar sampah di bahagian hadapan rumahnya sebelum api merebak ke stor di hadapan rumah kami.

"Api marak hingga membakar rumah kami dan beberapa rumah jiran lain. Tiada apa yang tinggal, semuanya (harta benda) musnah terbakar," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, dia bersama keluarganya menumpang berteduh di rumah saudara.

"Kami sekeluarga redha dengan kejadian ini serta menganggap ia adalah takdir dan ketentuan Ilahi," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.076647 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list