KUCHING: Pemandu atau pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan tidak menggunakan tali keledar dikehendaki hadir ke Unit Pengurusan Aduan dan Siasatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
JPJ Negeri Sarawak dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya berkata, jabatan itu melalui Unit Falcon JPJ Kuching mengesan pemandu tidak menggunakan tali keledar di sekitar bandar raya ini.
“Kesalahan tersebut dirakam melalui Enforcement Action Camera (EAC).
“Notis Panggilan Temusiasat di bawah Seksyen 114(1) APJ 1987 telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan dikehendaki hadir ke Unit Pengurusan Aduan dan Siasatan JPJ untuk tujuan siasatan dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis dikeluarkan,” katanya.
Untuk sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.
|