CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8552|Reply: 0

[Kedah] Suami sempat jerit 'Allahuakbar'

[Copy link]
Post time 13-2-2024 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Suami sempat jerit 'Allahuakbar'


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



NUR Hafizah menunjukkan gambar suaminya, Mohd Robbil Adam yang maut dalam kemalangan selepas dihempap dahan pokok terbakar. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: "Arwah suami secara spontan menggunakan tangan kirinya untuk melindungi saya dan anak berusia lapan bulan sebaik ternampak sebatang pokok yang terbakar tumbang ke arah kereta kami," kata Nur Hafizah Ahmad Zamri, 25.

Nur Hafizah adalah isteri kepada Mohd Robbil Adam Mohd Rizal, 27, yang meninggal dunia selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka dihempap dahan pokok terbakar di Jalan Hutan Kampung, Kampung Bohor di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa memandu kereta bersama isteri dan anak mereka, Hawa Raisya Aulia Mohd Robbil Adam, lapan bulan, selain kakak ipar mangsa, Nur Musfirah Ahmad Zamri, 33, dan anak saudaranya, Nur Safiera Huda Muhamad Saifuddin, 13.

Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menikmati makan tengah hari bersama keluarga ibu bapa mentua mangsa di Hutan Kampung dengan menaiki kenderaan berasingan.

"Kami tiga beranak bersama kakak dan anaknya menaiki sebuah kereta dan baru sahaja bergerak keluar dari restoran sebelum ternampak sebatang pokok di bahu jalan dalam keadaan terbakar.

"Sebelum sempat saya nak sebut ada pokok terbakar, dahan pokok itu terus tumbang betul-betul di atas kereta tempat duduk pemandu dan suami menjerit 'Allahuakbar'.

"Suami sempat melindungi saya dan bayi perempuan kami, Hawa Raisya Aulia dengan sebelah tangannya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.


DAHAN pokok yang terbakar sebelum terjatuh di bahagian depan kereta yang dipandu mangsa menyebabkan kemalangan sebelum disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Polis




Akibat kejadian, katanya, kereta dipandu suaminya terbabas lalu melanggar sebuah kereta lain.

Katanya, dia kemudian memeluk anaknya dengan kuat dan membawanya keluar sebaik kereta berhenti.

"Ketika itu suami sudah tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

"Saya hanya mengalami luka pada tangan, manakala anak serta kakak dan anak saudara tidak cedera," katanya.

Dalam pada itu, katanya, arwah suaminya ada menunjukkan perubahan apabila kerap menyebut dia akan pergi dulu dan mungkin tidak akan dapat lagi berbual dengan saudara mara nanti.

"Dia banyak kali cakap selepas ini tak boleh dah nak sembang dengan adik beradik dan saya tegur dia kenapa cakap macam itu, namun arwah hanya mendiamkan diri.

"Saya fikir arwah hanya bergurau, namun hari ini ternyata arwah pergi dahulu meninggalkan saya dan anak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas sebatang dahan pokok patah akibat terbakar dan jatuh melintang di hadapan kereta terbabit menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak.

"Akibat kejadian itu, Proton Saga terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan Perodua Myvi," katanya.



Disiarkan pada: Februari 13, 2024 @ 7:12pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055238 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list