CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8200|Reply: 0

[Perak] Harimau lain pula muncul, penduduk Kg Ulu Kuang ketakutan

[Copy link]
Post time 13-2-2024 12:02 PM | Show all posts |Read mode

KURANG tiga hari seekor harimau belang jantan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini memasuki perangkap dan berjaya ditangkap. FOTO ihsan pembaca

Ipoh: Tidak sampai tiga harimau belang jantan yang muncul di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini ditangkap, penduduk terus diselubungi ketakutan apabila menemukan kesan baharu seekor lagi haiwan itu di ladang kelapa sawit berdekatan kampung itu, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata susulan aduan terbaharu itu pihaknya memasang kamera untuk memantau dan mengenal pasti harimau terbabit.

"Sama ada harimau itu adalah pasangan kepada harimau jantan yang ditangkap tempoh hari atau bukan, itu kita tak pasti lagi.

"Kita sudah pasang perangkap kamera untuk pantau dan kenal pasti," katanya ketika dihubungi malam tadi.


Pada Sabtu lalu seekor harimau belang jantan dinamakan sebagai 'Yob Kuang' seberat 156 kilogram (kg) dianggarkan berusia enam tahun memasuki perangkap dipasang.

Perhilitan mengesahkan harimau belang itu adalah harimau sama dikesan muncul pada awal tahun lepas di kawasan itu.

Ditanya mengenai populasi harimau belang di Hutan Simpan Bukit Kinta yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Ulu Kuang, Yusoff berkata tidak seperti gajah yang gemar hidup berkumpulan dan kurang sensitif, harimau belang yang jauh lebih sensitif kebiasaannya bergerak bersendirian.

Katanya, justeru kawalan dan pemantauan di kawasan sekitar itu akan dipergiatkan bagi menjamin keselamatan selain membendung kehadiran pemburu haram.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ulu-kuang-ketakutan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.069165 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list