CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12812|Reply: 0

[Perak] Maut selepas langgar ular

[Copy link]
Post time 11-2-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode

LELAKI maut selepas kereta dipandu terbabas di KM 311.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Tapah, hari ini. FOTO Ihsan Polis.

Tapah: Lelaki yang maut dalam kemalangan di Kilometer 311.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, pagi tadi dipercayai terbabas selepas melanggar ular.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 5.38 pagi, dengan mangsa berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai selepas mangsa melanggar ular dan menyebabkan Honda Civic dipandunya terbabas sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Naim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan beliau memohon orang ramai yang menyaksikan kemalangan untuk tampil membantu.



"Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @Mohammed Razikin di talian 0132087919," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elepas-langgar-ular
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.512915 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list