CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30350|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rumah jadi stor rokok seludup

[Copy link]
Post time 9-2-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Rumah jadi stor rokok seludup


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pulau Pinang Asisten Komisioner Rusley Chi Ari (kanan), di Batu Uban di sini, bersama rokok tidak bercukai bernilai RM877,800 yang dirampas menerusi Ops Taring Landai/Kontraban. FOTO IHSAN PPM




Georgetown: Hasil risikan selama tiga hari, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah rumah di Gelugor di sini, yang dijadikan tempat simpanan rokok tidak bercukai bernilai RM877,800.

Komandernya, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, Op Taring Landai/Kontraban itu bermula sejak Selasa lalu selepas pihaknya mengesan rumah berkenaan dan pemantauan dibuat sehingga semalam.

Katanya, menerusi pemerhatian selama 72 jam mendapati tidak ada individu yang datang atau memasuki premis berkenaan sebelum rumah terbabit diserbu pada jam 12.15 tengah malam tadi.

"Pemeriksaan terhadap premis itu kemudian menemukan sebanyak 840,000 batang rokok putih dengan anggaran nilai sebanyak RM877,800 termasuk cukai.

"Tiada tangkapan dibuat dan pemilik premis terbabit masih disiasat bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Siasatan awal mendapati rokok berkenaan dipercayai dibawa dari negara jiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Selaras dengan arahan pucuk pimpinan, kita akan terus mempergiatkan Op Kontraban bagi membanteras jenayah penyeludupan yang merugikan kerajaan," katanya.



Disiarkan pada: Februari 9, 2024 @ 12:44pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 1.232999 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list