View: 27988|Reply: 57
|
Syarikat Jerman Buat Sistem Kerja 4 Hari Seminggu, Gaji Dibayar Penuh. Malaysia Bila Lagi?
[Copy link]
|
|
Sebanyak 45 syarikat dan organisasi di Jerman dilaporkan mula melaksanakan jadual bekerja empat hari seminggu bagi tempoh enam bulan, lapor DW.
Difahamkan, inisiatif itu telah diketuai oleh firma perunding Intraprenör dengan kerjasama organisasi bukan untung yang bernama 4 Day Week Global (4DWG).
Walaupun tempoh bekerja dikurangkan, pekerja di syarikat yang terlibat masih akan terus menerima gaji penuh mereka.
Dalam pada itu, keputusan tersebut turut dipersetujui dan diterima oleh pejuang hak pekerja di negara tersebut.
Mereka berpendapat bahawa bekerja empat hari seminggu akan meningkatkan produktiviti pekerja dan dapat membantu mengurangkan isu kekurangan tenaga kerja mahir.
Menurut DW, Jerman dikenali dengan reputasi dalam bidang industri dan kecekapan.
Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, produktiviti di Jerman dilapor mula menurun.
Untuk beberapa tahun lepas, kos tenaga di negara itu semakin meningkat menyebabkan banyak syarikat berdepan kekangan operasi dan menjejaskan produktiviti.
Justeru, jika syarikat dapat mengekalkan output dan pada masa yang sama mengurangkan jumlah jam bekerja, masalah itu dijangka dapat diatasi.
Perkara itu telah diuji menerusi ujian yang dilakukan di luar Jerman.
Sejak 2019, 4DWG telah menjalankan program perintis di seluruh dunia iaitu dari UK dan Afrika Selatan ke Australia, Ireland dan Amerika.
Lebih 500 syarikat telah mengambil bahagian dalam ujian itu dan keputusan awal mendapati bekerja dalam tempoh yang singkat menunjukkan keputusan positif.
Menerusi eksperimen yang dilakukan di UK yang melibatkan 3,000 pekerja, penyelidik mendapati bahawa hampir 40% peserta melaporkan kurang tertekan selepas sistem itu dilaksanakan.
Malah, bilangan pekerja yang meletak jawatan dalam tempoh itu juga menurun sebanyak 57%.
Pun begitu, seorang penyelidik di Institut Ekonomi Jerman (IW) Cologne, Holger Schäfer berpendapat sebaliknya.
Beliau berkata adalah mustahil untuk mendapat peningkatan produktiviti sebanyak 25% dengan mengurangkan waktu bekerja sebanyak 20%.
Seorang lagi ahli ekonomi, Bernd Fitzenberg berkata, kerja empat hari seminggu mungkin boleh meningkatkan kos bagi syarikat.
Lebih-lebih lagi jika produktiviti syarikat tidak meningkat selepas cadangan itu dilaksanakan.
“Ia lebih mencabar dalam bidang di mana perkhidmatan perlu disediakan pada masa yang ditetapkan untuk pelanggan, misalnya merawat pesakit,” katanya.
Cadangan itu juga sukar dilaksanakan dalam industri perkhidmatan keselamatan dan pengangkutan.
Sumber: DW/SiakapKeli |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
malaysia nih bagi cuti sehari seminggu pun kadang macam tak cuti, minta MC macam2 syarat kena ikut dan nak AL pun rasa berdosa dan macam buat salah besar, berangan nak cuti 3 hari?  |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja nak kurang, gaji nak banyak.... Bila buat sistem yg allow macam tu, pekerja2 Malaysia tak berapa lama lepas tu tetaplah tak puas hati & banyak merungut.... Begitulah mentaliti bejat pekerja2 terutama B40 Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 4-2-2024 10:25 AM
Cukai gst pun x mampu nk wat. Ada hati nk tiru keje 4 hari seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
Msia byk public holiday.. cukup2 le tu.. byk2 cuti nanti lagi ramai yg obese...asal cuti gi melantak kat shopping mall.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian x cukup tidur kurang bersenam jem sehari 4 jam kerja macam lembu |
|
|
|
|
|
|
|
Haah ..cuti pun banyak nak lebih2 pulak. Dah lah melayu pemalas... |
|
|
|
|
|
|
|
Lambertt lagi larrr...
Berangan itu freeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja kat Germany pun byk jugak public holiday, walaupun x sebanyak kat malaysia. AL pun paling sikit 30 hari. Yg dah lama tu sampai 45 hari. Ada yg baru balik cuti setahun sbb bersalin, pas tu lepas keja sebulan habiskan AL pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
diorang negara maju oklah...ke masih lagi negara membangun? |
|
|
|
|
|
|
|
Org jerman buat keje 9-5 takde ngulau2 boleh ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh.. nk cuti tambahan hari rabu.. please boss |
|
|
|
|
|
|
|
Ahh pastu kena WFH.. lagi leceh. |
|
|
|
|
|
|
|
ronms replied at 3-2-2024 09:37 PM
Pekerja kat Germany pun byk jugak public holiday, walaupun x sebanyak kat malaysia. AL pun paling si ...
Semua ni adds up to cost-to-serve in a company... opex jd tinggi... last2 hampukkkk balik ke pengguna..
Sbb tu kereta conti bertingkek2 naik harga |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buqt quotation simple medical items eg catheter but ambil masa berminggu, surat2 utk international clients pun berterabur Englishnyab.. this low productivity pon nk keje 4 hari seminggu? Dgn kadar yg ada buat masa ini, patut dinaikkan hari kerja dari 5 kepada 6 hari seminggu. Bila dah ada mentality dan work ethics yg sesuai boleh lah turun kepada 5hari seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 3-2-2024 07:45 PM
malaysia nih bagi cuti sehari seminggu pun kadang macam tak cuti, minta MC macam2 syarat kena ikut d ...
Prt AL tu mmg betul sgt.siap tanya nk prgi mana ,buat apa.perlu ke?al kan hak pekerja.lantak la nk buat apa pon time cuti tu kann
|
|
|
|
|
|
|
|
X payah nak tiru German ke apa ke...buat keje ikut KPI tak kiralah berapa hari pun, 1 hari ke atau 7 hari seminggu, yg penting KPI perlu capai. |
|
|
|
|
|
|
|
X pyh..nanti byk keje x jln...most of msian ni pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 4-2-2024 01:07 AM
X pyh..nanti byk keje x jln...most of msian ni pemalas
Termasuk adik ke??  |
|
|
|
|
|
|
| |
|