CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4734|Reply: 0

[Terengganu] Banjir di Terengganu semakin baik

[Copy link]
Post time 30-1-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK mengalami kerugian apabila banyak harta benda mereka rosak akibat banjir di Kampung Shukor, Hulu Dungun, Dungun. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN


KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu bertambah baik dengan mangsa terjejas hanya tinggal 473 orang daripada 157 keluarga di dua pusat pemindahan sementara (PPS) daerah Dungun pada pukul 8 pagi ini.

Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding 521 orang daripada 170 keluarga di tiga PPS pada 4 petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, satu lagi PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi telah ditutup lewat petang semalam dan kesemua 48 mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Shukor kekal tidak berubah iaitu seramai 226 orang daripada 61 keluarga manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, juga kekal 247 orang daripada 96 keluarga.

“Walaupun banjir telah surut, mereka masih belum dibenarkan pulang ke rumah kerana kerja-kerja pembersihan pasca banjir masih sedang berjalan.

“Kerja pembersihan mendapat bantuan daripada ramai sukarelawan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana banjir kali ini agak teruk kerana lumpur yang tebal memperlahankan kerja pembersihan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan penduduk agar tetap berwaspada dan menyimpan barangan di tempat yang selamat kerana ketika ini, hujan masih berlaku di beberapa kawasan yang berisiko banjir.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan semua sungai sudah berada di paras yang normal seperti biasa pada pagi ini.

Hanya satu stesen bacaan sungai menunjukkan bacaan masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Terengganu di Jambatan Kuala Berang, daerah Hulu Terengganu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... gganu-semakin-baik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052596 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list