CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7154|Reply: 0

[Pahang] Wanita tahan sakit tak mampu beli ubat rawat kanser

[Copy link]
Post time 29-1-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode

ZURIAH menunjukkan sejenis ubat bagi rawatan kanser payudara yang dihidapinya di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini

JERANTUT – Seorang wa­nita yang menghidap kanser ­payudara tahap empat terpaksa menanggung kesakitan kerana tidak mampu membeli ubat bernilai RM3,250 setiap bulan.

Zuriah Mohd. Noor, 57, dari Felda Kota Gelanggi Dua di sini berkata, dua jenis ubat yang di­syorkan oleh doktor untuk dimakan bagi rawatan penyakit itu berharga RM250 dan RM3,000 untuk tempoh sebulan.

Katanya, dia kini berdepan kekangan kewangan untuk ­membiayai pembelian ubat dan rawatan rutin selepas wang simpanan termasuk hasil kelapa sawit habis dibelanjakan untuk tujuan perubatan penyakit itu sejak tahun lalu.

Menurutnya, beliau sehingga kini sudah membelanjakan hampir RM50,000 untuk pembe­lian ubat serta menampung kos rawatan termasuk pengangkutan berulang alik ke hospital.

“Keadaan kesihatan saya me­nurun selepas pembedahan tahun 2022 dan mengalami tekanan apabila doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Februari tahun lalu mengesahkan penyakit ini sudah berada di tahap empat.

“Doktor memberitahu kanser sudah merebak ke tulang belakang dan tulang rusuk yang memerlukan rawatan susulan dan juga memakan ubat,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini baru-baru ini.

Zuriah menjelaskan, sebelum itu, dia mula sakit di bahagian anggota ber­kenaan dan tidak berselera makan lalu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dan setelah melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengalami kanser payudara tahap tiga.

Ujarnya, selepas pembedahan pada Disember 2022, dia berulang-alik menjalani kimoterapi sebanyak enam kali di hospital tersebut, namun keadaan pe­nyakitnya masih tiada perubahan, cuma dapat bertahan dengan memakan ubat.

Katanya, dia bertambah tertekan apabila dalam rawatan di HKL pada Februari tahun lalu doktor mengesahkan penyakit ini sudah berada di tahap empat.

“Setelah memasuki tahap empat penyakit ini menyebabkan keadaan badan saya terus lemah, tidak berselera makan, kerap terjatuh, ingatan kerap terlupa dan tidak boleh berjalan,” katanya.

Zariah berkata, pada masa ini dia menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, selain pernah dibantu Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi suami Zuriah, Mohd. Azli Sulaiman ditalian talian 013-268 7366 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat bernombor 220301388879 (Mohd. Azli).
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -ubat-rawat-kanser/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041132 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list