CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3924|Reply: 0

[Terengganu] 'Suasana begini tak pernah jadi'

[Copy link]
Post time 29-1-2024 10:10 AM | Show all posts |Read mode

WAN Sepiah bersama lima anak termasuk Azmi (dua kiri).

Jerteh: Suapan tangan ibu yang dimamah usia dengan linangan air mata menimbulkan kehibaan di hati sembilan beradik ini sehingga suasana meriah bertukar sayu dan detik paling menyedihkan buat mereka.

Video memaparkan Wan Sepiah Wan Ibrahim, 86, menyuapkan kek kepada sembilan anak dalam suasana sayu meruntun hati netizen selepas video dirakam pada 19 Januari lalu, dikongsikan anak ketiganya, Azmi Mat Aroff, 62, di TikTok.

Azmi berkata, video berkenaan dihasilkan melalui rangkuman beberapa video yang diambil ahli keluarga lain untuk dijadikan satu video sebelum dikongsikan di akaun sosial sebagai kenangan keluarga besar mereka bersama ibu tersayang.

Menurutnya, ketika itu dia dan lapan adik-beradik berkumpul untuk memenuhi hasrat ibu yang mahu bersama sembilan anak demi menitipkan pesanan selain melepaskan kerinduan.



"Alhamdulillah, emak baik saja, cuma dia memang sakit lutut dan kencing manis, namun sejak kebelakangan ini kami lihat kesihatannya kurang baik membuatkan kami kerap pulang ke kampung setiap bulan.

"Emak tinggal seorang di rumah, tetapi adik saya tinggal di sebelah rumahnya saja.

Setiap malam tidurnya ditemani adik-beradik lain dan cucu, malah waktu siang sentiasa ada cucu dan anak menemaninya," katanya yang memberitahu ibu menetap di Besut, di sini.

Katanya, sejak akhir-akhir ini ibunya kerap menyuarakan hasrat melihat semua anak berkumpul dan dia berusaha merealisasikannya dengan meminta adik-beradik lain pulang berjumpa wanita berkenaan.



Wan Sepiah menyuapkan sembilan anaknya ketika mereka berkumpul, baru-baru ini.

"Sebelum itu emak hubungi saya minta pulang ke dan dia beri pesanan sebelum saya minta semua ahli keluarga lain datang mendengarnya dan kebetulan mereka termasuk tinggal di Kuala Lumpur, Kuantan dan Kelantan juga boleh datang.

"Selepas solat Jumaat kami berkumpul di rumah seorang adik dan selesai makan kami memeluk emak dan dia memberi pelbagai pesanan termasuk mahu kami sentiasa menjaga hubungan keluarga.

"Kebetulan ada kek dan emak suap kepada semua anak mengikut urutan bermula anak sulung. Saat paling menyedihkan apabila emak minta maaf dan cakap dia halalkan makan minum kami," katanya yang menetap di Taman Pelindung Perdana, Kuantan, Pahang.

Pesara kerajaan itu berkata, detik terbabit menjadi kenangan buat mereka sekeluarga, namun dia lega dan bersyukur impian ibu dengan 45 cucu dan 15 cicit untuk bertemu semua anak direalisasikan.

"Kami berpelukan dan emak turut memeluk menantu serta cucu. Hari itu rezeki kami dapat berkumpul sembilan beradik kerana selalu tidak lengkap kerana tidak dapat pulang serentak.

"Suasana itu tidak pernah berlaku dalam keluarga kami, tetapi kali ini menjadi sekali gus mengembirakan emak.

"Malah raut wajah mengambarkan kegembiraannya melihat sembilan anak di depan mata," katanya memberitahu seorang adik perempuannya meninggal dunia menjadikan mereka hanya sembilan beradik.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ini-tak-pernah-jadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.131462 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list