CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8470|Reply: 0

[Pulau Pinang] Baki 16,000 pengguna air terjejas dapat bekalan 6.30 petang ini

[Copy link]
Post time 28-1-2024 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Baki 16,000 pengguna air terjejas dapat bekalan 6.30 petang ini


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Butterworth: Baki 16,000 pengguna akaun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di daerah Barat Daya dijangka memperoleh semula bekalan air selewat-lewatnya pada jam 6.30 petang ini.

PBAPP dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa 104,000 daripada 120,000 pengguna yang terjejas susulan kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai telah menerima bekalan air.

"Kini PBAPP sedang berusaha untuk memulihkan bekalan air untuk baki 16,000 pengguna terjejas menjelang jam 6.30 petang hari ini.

"Tumpuan pemulihan membabitkan 10 kawasan iaitu Batu Itam; Batu Maung; Bukit Belah; Bukit Penara; Flat Lily; Jalan Ismail Hashim; Jalan Pondok Upeh; Pulau Betong; Sungai Ara dan Teluk Tempoyak serta sekitarnya," katanya.





Jelasnya, faktor utama yang mempengaruhi pemulihan bekalan air di kawasan itu memandangkan permintaan air yang tinggi di daerah Barat Daya ketika ini selepas pelan tindakan kecemasan berjaya dilaksanakan kelmarin.

"Disamping itu, pengguna yang telah mendapat bekalan air telah mula menyimpan air untuk pelaksanaan gangguan bekalan air (SWSI) yang dijadualkan esok.

"PBAPP juga mengepam air dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke Pulau Pinang dengan berhati-hati bagi mengelak kejadian di Sungai Perai berulang.

"Bagi pengguna yang tidak mempunyai bekalan air di kawasan lain (di luar 10 kawasan yang dinyatakan) diminta untuk memeriksa sistem retikulasi dalaman mereka sebelum memfailkan laporan melalui Pusat Panggilan 24 jam PBAPP di talian 04-2558255," katanya.

PBAPP akan terus memberikan maklumat terkini mengenai tahap akhir pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa.

Dalam kejadian Selasa lalu, saluran paip di dasar Sungai Perai mengalami kebocoran sekali lagi menjadikan ia insiden ketiga selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.

Berikutan beberapa kejadian itu mendorong Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai bagi mengatasi masalah saluran paip air yang bocor di sungai berkenaan.



Disiarkan pada: Januari 28, 2024 @ 11:47am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.077008 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list