CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6881|Reply: 0

[Johor] Lapan tong, tangki bahan kimia tumpah atas jalan

[Copy link]
Post time 25-1-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN daripada lapan tong serta tangki IDC yang berisi muatan kimia yang bocor dan tumpah di Jalan Batu Pahat - Kluang berhampiran Sri Gading petang semalam.

BATU PAHAT – Berlaku kebocoran dan tumpahan bahan kimia di atas Jalan Batu Pahat – Kluang berhampiran Sri Gading selepas lapan tong serta tangki IDC yang berisi muatan itu tumpah, petang semalam.

Ketua Operasi dari BBP Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor pada pukul 3.01 petang sebelum menghantar 19 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram serta BBP Larkin ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat tumpahan bahan kimia jenis Sodium Silicate dari empat tong berwarna biru dan Asid Sulfurik dari empat tangki IDC. Dua anggota Pasukan Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) dihantar untuk memantau situasi di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua pakar kimia dari BBP Penggaram serta 10 pekerja kilang itu kemudian membuat kerja-kerja pemindahan kedua bahan kimia yang pecah ke tangki IBC baharu menggunakan pam dari kilang berkenaan sehingga selesai.

Sementara itu, ketika kejadian Firdaus berkata lori yang dibawa oleh seorang lelaki dari Johor Bahru ke sebuah kilang di Sri Gading terpaksa brek mengejut secara tiba-tiba sebelum tong dan tangki berkenaan terjatuh serta tumpah ke atas jalan raya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -tumpah-atas-jalan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.047810 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list