CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9104|Reply: 0

[Terengganu] Banjir gelombang keempat: 1,559 mangsa di Terengganu

[Copy link]
Post time 25-1-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyelamatkan penduduk yang terperangkap banjir di Hulu Seladang, Setiu semalam.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak kelmarin telah merebak ke lima daerah melibatkan 1,559 mangsa daripada 471 keluarga.

Setakat ini, sebanyak 32 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Besut menjadi daerah paling terjejas dengan 516 mangsa daripada 147 keluarga berada di lapan PPS.

“Seramai 454 mangsa daripada 144 keluarga pula berada di sembilan PPS di Setiu.

“Sebanyak empat PPS yang menempatkan 283 mangsa daripada 86 keluarga dibuka di Dungun,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Hulu Terengganu pula mempunyai sembilan PPS yang menempatkan 282 mangsa daripada 88 keluarga.

Tambah beliau, seramai 24 mangsa daripada enam keluarga berada di dua PPS di Kemaman. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ngsa-di-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.733220 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list