CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16020|Reply: 0

[Pulau Pinang] SPRM tahan pemilik syarikat kemuka butiran palsu

[Copy link]
Post time 24-1-2024 01:31 AM | Show all posts |Read mode
SPRM tahan pemilik syarikat kemuka butiran palsu


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 23, 2024 @ 11:48pm bhnews@bh.com.my




SPRM menahan pemilik syarikat di Pulau Pinang. - Foto BH




GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi tujuan memperdaya dan mendapatkan wang kira RM20,000 untuk pembekalan televisyen.

Suspek dikatakan mendapatkan wang berkenaan bagi membekalkan sebanyak enam unit televisyen 65 inci, sedangkan hanya empat unit yang dibekalkan.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 30-an ditahan kira-kira jam 4.30 petang, hari ini di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika diminta hadir bagi memberi keterangan.

Suspek yang juga seorang pemilik syarikat dipercayai melakukan kesalahan itu pada tahun 2023.

"Suspek mengemuka sebut harga dan pembekalan yang mengandungi butir matan palsu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan di Balik Pulau, di sini.

"Jumlah pembekalan yang tidak dilaksanakan sebanyak dua unit televisyen kira-kira RM5,600," menurut sumber itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, suspek ditahan bagi tujuan rakaman pernyataan serta pengumpulan keterangan dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.201826 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list