CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16331|Reply: 0

[Terengganu] Alhamdulillah... bekalan air pulih selepas tiga minggu

[Copy link]
Post time 22-1-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode

HANIZAH tetap menyimpan air dalam tong walaupun bekalan air sekitar kawasan Kampung Raja serta Bukit Keluang daerah Besut sudah pulih sepenuhnya pagi ini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: "Penantian kami lebih tiga minggu berakhir apabila kebocoran paip sudah selesai dibaiki dan sudah menerima bekalan air secara berperingkat," kata penduduk Taman Koperat Putera di Bukit Keluang, Nurul Syidah Mat Yasin, 38.

Nurul Syidah turut meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana tidak perlu lagi bergantung kepada bantuan agihan bekalan air daripada pelbagai pihak yang membantu.

Katanya, penduduk sekitar kawasan taman perumahan itu mula menerima air sebelah petang semalam, tetapi tekanan air agak perlahan.

"Namun, kami menerima notis bekalan air ini akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada penyaluran air ke tangki utama Bukit Keluang sebelum dibuka semula ke rumah penduduk.



"Namun penutupan ini hanya tempoh singkat sahaja bukan seperti yang dihadapi penduduk sebelum ini hampir sebulan terpaksa berulang-alik mengisi air," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, mereka juga turut berterima kasih atas bantuan pelbagai pihak yang membantu mengagihkan bekalan air tidak mengira masa untuk keperluan penduduk di sini.

Sementara itu, penduduk Kampung Pengkalan Nyireh, Hanizah Mahmud, 54, berkata, walaupun bekalan air kembali pulih namun dia tetap mengambil langkah berwaspada.

"Saya tetap menyimpan air dalam tong sebagai persediaan sekiranya berlaku lagi masalah gangguan air dalam masa terdekat untuk keperluan keluarga.

"Setakat ini aliran air masih perlahan namun kami faham tekanan air masih rendah serta mengambil sedikit masa untuk pulih seperti sedia kala," katanya memaklumkan bekalan air mula pulih tengah hari semalam.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, masalah gangguan bekalan air sekitar kawasan Kampung Raja serta Kota Putera dianggap selesai sepenuhnya pagi ini.

"Namun beberapa kawasan hujung (terletak agak jauh dari loji) masih belum mendapat tekanan air secara maksimum sebagai contoh loji Keluang membabitkan kawasan Taman Noryanti, Air Tawar.

"Di kawasan loji Kampung Raja, kawasan terbabit iaitu Seri Nangka serta Kampung Baru, Batu Tumbuh.

"Proses pemasangan paip selesai cuma sekarang pihak Syarikat Air Terengganu (Satu) dalam proses untuk meningkatkan tekanan air di kawasan hujung-hujung loji," katanya.

Sebelum ini kira-kira 2,670 akaun pengguna bekalan air terjejas apabila berlaku kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... selepas-tiga-minggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.401309 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list