CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29750|Reply: 0

[Pulau Pinang] Janji temu pesakit di klinik pakar mata HBM dipendekkan

  [Copy link]
Post time 20-1-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Janji temu pesakit di klinik pakar mata HBM dipendekkan


Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 20, 2024 @ 9:19pm bhnews@bh.com.my




Steven Sim meninjau fasiliti di Klinik Pakar Mata Hospital Bukit Mertajam (HBM) yang selesai dinaiktaraf. - Foto NSTP/Nur Izzati Mohamad




BUKIT MERTAJAM: Pesakit yang menerima rawatan di Klinik Pakar Mata Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini, tidak lagi perlu menunggu lama apabila projek naik taraf bangunan yang dilaksanakan sudah siap sepenuhnya, akhir tahun lalu.

Malah, tempoh janji temu pesakit juga dapat dipendekkan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata sebagai Ahli Parlimen kawasan itu beliau menerima banyak aduan berhubung pesakit perlu menunggu terlalu lama bagi mendapatkan rawatan mata di hospital terbabit.

Berikutan itu, katanya, pelbagai langkah jangka pendek, sederhana atau panjang dirangka bagi meningkatkan fasiliti HBM untuk memberi kemudahan kepada pesakit.

"Saya percaya dengan kerja naik taraf yang dilaksanakan ini, ia dapat beri perkhidmatan lebih cekap kepada pesakit dan pengunjung. Apatah lagi, klinik ini bukan sahaja dikunjungi warga Bukit Mertajam tetapi juga pengunjung sekitarnya termasuk Kulim, Kedah.

"Klinik mata sebelum ini tidak cukup tempat dan kali ini (bangunan baharu) tempatnya cukup luas. Cuma, ketika ini saya mohon pesakit bersabar kerana sekarang dalam tempoh peralihan dan selepas ini apabila stabil, mereka (pesakit) tidak lagi perlu menunggu lama dan masa janji temu juga dapat dipendekkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di hospital itu bersama Pengerusi One Hope Charity and Welfare Datuk Chua Sui Hau, di sini, hari ini.

Dalam lawatan itu, One Hope Charity menyerahkan sumbangan pelbagai peralatan perubatan serta perabot yang bernilai RM139,575 untuk kegunaan klinik baharu .

Steven Sim berkata, beliau juga akan berbincang dengan pihak pengurusan HBM untuk menambah tempat letak kenderaan di hospital itu pada masa depan.

Sementara itu, Pengarah HBM, Dr Goh Hin Kwang, berkata bangunan hospital berusia 130 tahun itu memerlukan kerja naik taraf supaya dapat menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pesakit serta pengunjung.

"Kerja-kerja naik taraf Klinik Pakar Mata ini dimulakan sejak Ogos hingga akhir Disember lalu dengan peruntukan RM470,000.

"Uniknya, klinik ini akan melaksanakan sistem rekod perubatan elektronik sepenuhnya selepas kita memperoleh 42 unit komputer kelak.

"Sementara, klinik lama akan dinaik taraf menjadi Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental yang rawatan itu juga amat diperlukan pesakit," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064966 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list