CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3677|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat warga Nepal terbabit sindiket perjudian dalam talian ditahan

[Copy link]
Post time 19-1-2024 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Empat warga Nepal terbabit sindiket perjudian dalam talian ditahan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
19 Januari 2024 06:24pm




Razlam (kanan) menunjukkan barangan yang dirampas daripada empat suspek warga Nepal dalam Op Dadu pada Khamis.




GEORGE TOWN - Empat lelaki warga Nepal ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket perjudian dalam talian di sebuah pangsapuri di Tanjung Tokong, di sini.

Keempat-empat suspek yang berusia lingkungan 27 hingga 32 tahun itu ditahan dalam Op Dadu oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada jam 5 petang, Khamis.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, dalam serbuan tersebut, polis merampas beberapa barangan dipercayai digunakan dalam kegiatan itu antaranya tiga unit komputer, 10 buah telefon bimbit, satu unit modem internet dan dua batang kunci rumah.

"Kesemua suspek merupakan pekerja sindiket tersebut yang diberi gaji antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Mereka menyewa pangsapuri tersebut sejak tiga bulan lalu.




Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan Facebook untuk mempromosikan pelbagai permainan perjudian.




"Modus operandi mereka adalah menggunakan aplikasi Facebook untuk mempromosikan pelbagai permainan perjudian secara dalam talian menggunakan komputer dan telefon bimbit.
"Mereka menyasarkan pelanggan-pelanggan di negara Nepal," katanya pada sidang akhbar di IPD Timur Laut pada Jumaat.
Tambah beliau, keuntungan yang diperoleh sindiket tersebut antara RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.




"Mereka mempunyai pasport dan tarikh masih sah, cuma kita akan sahkan sama ada ia tulen atau palsu dengan Jabatan Imigresen nanti. Mereka mendakwa datang ke sini untuk bekerja dalam sektor lain namun sebenarnya tidak bekerja di sektor yang dimaksudkan.

"Keempat-empat suspek juga tiada pekerjaan. Kita akan terus menyiasat untuk mengesan saki baki sindiket ini di Pulau Pinang," katanya.

Razlam berkata, kesemua tangkapan di reman tiga hari sehingga 21 Januari ini untuk melengkapkan siasatan.






"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum dipenjara tidak melebihi tiga tahun dan dengan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 bagi setiap kesalahan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.396955 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list