CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5563|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keldai akaun sindiket penipuan ditahan, mangsa rugi lebih RM38,000

[Copy link]
Post time 18-1-2024 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Keldai akaun sindiket penipuan ditahan, mangsa rugi lebih RM38,000

18 Januari 2024 04:04pm






BALIK PULAU - Seorang lelaki ditahan dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan membabitkan urusan kerja sambilan secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM38,723.50 baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki tempatan berusia 54 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di Pendang, Kedah semalam.



"Pihak polis menerima laporan daripada mangsa di Bayan Lepas yang terperdaya dengan sindiket penipuan dalam urusan kerja sambilan secara dalam talian.

"Mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun bank secara dalam talian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM38,723.50," katanya ketika dihubungi hari ini.



Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan iaitu tipu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Kamarul Rizal berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun bersama 30 bungkusan berisi cecair air ketum di hadapan sebuah apartment kawasan Lebuh Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini pada Selasa.

Katanya, polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah telah menahan lelaki itu selepas mendapati dia dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

"Pemeriksaan ke atas lelaki itu menemukan 30 bungkusan air ketum dan dipercayai suspek menjualnya kepada pelangan tetapnya di kawasan tersebut," katanya.




Beliau berkata, lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051625 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list