CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7767|Reply: 0

[Pulau Pinang] 170 seluar Uniqlo tiruan dirampas

[Copy link]
Post time 18-1-2024 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Penguat Kuasa KPDN Pulau Pinang melakukan pemeriksaan di premis pemborong pakaian di Jalan Baru, Prai yang diserbu, semalam. - Foto KPDN

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 170 seluar jenama Uniqlo, dipercayai tiruan dalam serbuan ke premis pemborong pakaian di Jalan Baru, Prai, di sini semalam.

Serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu yang disertai wakil pengadu, dibuat hasil aduan pemilik cap dagang jenama berkenaan dan selepas serbuan risikan awal.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata pemeriksaan lanjut di premis terbabit menemukan seluar panjang lelaki jenama Uniqlo berkenaan yang mana cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah mengikut Akta Cap Dagang 2019.

"Kesemua barangan itu kemudian disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM2,400. Kes disiasat mengikut Sekysen 102(1)(c) Akta Cap Dagang 2019," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.



Beliau mengingatkan dan memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah.
https://www.bharian.com.my/berit ... qlo-tiruan-dirampas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.157137 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list