CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7814|Reply: 0

[Sarawak] Warga guru di Sarawak disaran sertai KGBS

[Copy link]
Post time 17-1-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode


Sawal (duduk, tengah) bersama Zulkiflee (duduk, dua kanan) bergambar kenangan pada majlis Apresiasi dan Mesyuarat Agung KGBS Cawangan Lawas di Lawas, baru-baru ini.

KUCHING: Warga guru di negeri ini diminta untuk menjadi ahli Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) agar segala isu berkaitan pendidikan boleh disalurkan melalui kesatuan terbabit.

Pegawai Pendidikan Daerah Lawas Sawal Pandin berkata, KGBS terbukti telah banyak memperjuangkan keperluan dan kebajikan guru sejak sekian lama.
"Apa yang kita dapat hari ini adalah perjuangan KGBS dalam menjaga kebajikan ahli.

"Kesatuan adalah saluran tepat untuk kita suarakan permasalah dan isu berkaitan pendidikan, bukannya menggunakan media sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis Apresiasi dan Mesyuarat Agung KGBS Cawangan Lawas di Lawas, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden KGBS Zulkiflee Sebli dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur dan tahniah kepada KGBS Cawangan Lawas kerana berjaya mengadakan mesyuarat agung ini.

Katanya, KGBS Cawangan Lawas adalah antara cawangan yang terakhir mengadakan mesyuarat agung sebelum Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa KGBS Pusat yang dijangka diadakan pada Februari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap akan KGBS cawangan ini akan meneruskan program-program yang telah dirancang.

"Malah kita di KGBS Pusat akan sentiasa membantu dan memberi mereka idea dalam perkara berkaitan pendidikan dan perguruan," kata Zulkiflee.

Terdahulu, pada Mesyuarat Agung KGBS Cawangan Lawas itu, Muhammad Nazri Rosli dipilih sebagai Pengerusi KGBS Cawangan Lawas bagi sesi 2024-2026.

Dalam ucapan sulung beliau, Muhammad Nazri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ahli-ahli KGBS Cawangan Lawas yang memilih beliau sebagai pengerusi baharu.

Majlis Apresiasi turut diadakan serentak bagi meraikan lebih 20 pesara ahli KGBS Cawangan Lawas selain penyampaian insentif pendidikan kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.064564 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list