CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7241|Reply: 0

[Terengganu] 712 majikan di Terengganu sudah daftarkan pekerja menerusi RTK 2.0

[Copy link]
Post time 15-1-2024 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Terengganu, Azhar Abd Hamid. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Sebanyak 712 majikan di negeri ini sudah mendaftarkan 6,855 pekerja asing masing-masing menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang tamat akhir bulan lalu.

Daripada jumlah itu, hanya 3,428 atau 50 peratus sudah melakukan proses verifikasi pekerja asing.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, Azhar Abd Hamid, berkata semua majikan diminta menguruskan pendaftaran pekerja asing dengan segera melalui proses verifikasi termasuk pengecaman wajah biometrik.

Katanya, kegagalan majikan membawa pekerjanya untuk membuat proses verifikasi boleh dikenakan tindakan undang-undang.



"Majikan yang gagal mendaftarkan pekerja asing untuk membuat proses verifikasi boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 56 (1) (d), Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta yang sama atas kesalahan menggaji warga negara asing.

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda dan hukuman penjara atau enam kali sebatan," katanya kepada media di pejabatnya, hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah JIM negeri, Mat Amin Hassan.

Azhar berkata, peluang majikan untuk mendaftarkan warga asing sudah ditutup.

Bermula Januari lalu, katanya, operasi penguatkuasaan dipergiatkan dan warga negara asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi masa akan dikenakan tindakan.

"JIM negeri sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa Exco kerajaan negeri dan mereka bersetuju dengan hasrat kita untuk menjadikan Terengganu sebagai tempat kerja 'halal'," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rja-menerusi-rtk-20

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056999 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list