CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5787|Reply: 0

[Johor] Banjir: Mangsa di Johor tinggal 264

[Copy link]
Post time 15-1-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) memantau keadaan banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila setakat pukul 8 pagi ini, hanya tinggal seramai 264 mangsa yang masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah itu menurun sedikit berbanding 456 mangsa pada pukul 8 malam semalam.

“Jumlah terkini itu melibatkan 64 keluarga di lima daerah negeri ini. Kota Tinggi merekodkan jumlah tertinggi masa ketika ini dengan seramai 124 di dua PPS, diikuti Segamat dengan 63 mangsa di dua PPS.

“Manakala daerah Kluang merekodkan seramai 38 mangsa di satu PPS, Batu Pahat 23 mangsa di satu PPS dan Mersing dengan 16 mangsa juga di satu PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -johor-tinggal-264/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049169 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list