CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14570|Reply: 0

[Sarawak] Pembinaan jalan baharu mampu atasi kesesakan lalu lintas di Jalan Ulu Sungai Merah

[Copy link]
Post time 14-1-2024 06:30 PM | Show all posts |Read mode


Ling (tiga kiri) bersama ahli KRT Nang Sang dan pihak bomba ketika meninjau banjir di Jalan Ulu Sungai Merah.

SIBU: Pembinaan jalan baharu dari kawasan perumahan Ulu Sungai Merah menuju pusat bandar dilihat dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Ulu Sungai Merah.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, Jalan Ulu Sungai Merah kini menjadi satu-satunya jalan keluar untuk penduduk dari kawasan perumahan tersebut untuk ke pusat bandar dan sebagainya.

"Melihat akan situasi di sini, saya rasa kita perlu lebih banyak jalan baharu di Sibu. Jalan Ulu Sungai Merah ini menjadi satu-satunya jalan bagi penduduk di kawasan Ulu Sungai Merah untuk pergi ke pusat bandar dan sebagainya.

"Kita perlu jalan lain dan kerajaan negeri mungkin boleh membina jalan baharu sama ada menghubungkan Ulu Sungai Merah dengan Permai atau dari Ulu Sungai Merah ke pusat bandar," ujarnya kepada pemberita, hari ini.

Ling ditemui pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Jalan Ulu Sungai Merah bersama ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nang Sang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Merah.

Menurut Ling, kesesakan lalu lintas di Jalan Ulu Sungai Merah yang berlarutan sejak beberapa tahun lepas memerlukan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mencari jalan penyelesaian segera dan lebih berkesan.

Beliau juga memberitahu, penyerahan kontrak kepada pihak kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja menaik taraf Jalan Ulu Sungai Merah akan dilakukan pada bulan depan, bagi menaik taraf jalan tersebut daripada dua lorong kepada empat lorong.

"Sekiranya projek sudah diluluskan, kerja-kerja pembinaan hendaklah dimulakan dengan segera kerana masalah kesesakan kini menjadi semakin serius dan kenderaan juga semakin banyak.

"Pada masa sama, masalah banjir di sini juga perlu diselesaikan segera dan ini boleh dilakukan dengan memasang paip merintangi jalan untuk mengalirkan air dari parit sebelah sini ke sebelah sana," jelasnya.

Di samping itu, Ling juga mahu kerajaan negeri menurunkan lebih banyak kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau majlis tempatan bagi membolehkan mereka terlibat dalam perancangan bandar dan jalan.

"Kerajaan negeri perlu menurunkan kuasa kepada PBT atau majlis tempatan agar mempunyai lebih kuasa dalam perancangan bandar.

"Dengan adanya kuasa, PBT boleh membuat perancangan bandar, jalan dan pada masa sama melaksanakan pemilihan PBT," ujarnya.

Beliau menjelaskan, apabila pihak Lembaga Perancangan Negeri (SPA) meluluskan projek perumahan di Ulu Sungai Merah dan Rantau Panjang dahulu, mereka sudah boleh menjangkakan kawasan ini akan mengalami masalah kesesakan lalu lintas pada masa akan datang.

Dengan begitu banyak rumah dibina dan hanya ada satu jalan keluar menuju ke kawasan bandar katanya, semua itu boleh dielakkan jika ada perancangan sebelum ini untuk membina lebih banyak jalan bagi menyelesaikan kesesakan.

"SPA tidak arif tentang situasi tempatan. Oleh itu, kuasa merancang perlu diberikan kepada PBT seperti MPS dan juga Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).
"Kerajaan negeri perlu menurunkan lebih banyak kuasa kepada PBT," tambah Ling.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.129810 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list