CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14544|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki cedera, kereta dipandu masuk parit

[Copy link]
Post time 14-1-2024 06:27 PM | Show all posts |Read mode


Bomba membantu mengeluarkan mangsa yang masih berada dalam kenderaan tersebut.

KUCHING: Seorang lelaki mengalami kecederaan di kaki dan bahagian kepala selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Matang, Kolong Dua, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 6:45 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bergegas ke lokasi.

"Setiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas ke dalam parit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, bomba membantu mengeluarkan mangsa yang masih lagi berada dalam kenderaan selepas kejadian itu berlaku.

"Tindakan mengeluarkan mangsa telah dijalankan oleh anggota menggunakan stretcher (pengusung).

"Mangsa telah diserahkan kepada unit EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) bagi memberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital," ujarnya.

Katanya lagi, setelah memastikan keadaan selamat, anggota bergerak balik ke balai dan operasi ditamatkan pada jam 7:19 pagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052532 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list