CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14700|Reply: 0

[Sarawak] Kaunseling psikiatri penting untuk para penjaga warga emas

[Copy link]
Post time 14-1-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-1-2024 10:16 AM



See (berdiri, dua kanan) mengunjungi salah satu ruangan yang disediakan pada program pemeriksaan kesihatan yang diadakan di Dewan Serbaguna Sungai Maong, hari ini.

KUCHING: Kaunseling psikiatri penting untuk para penjaga warga emas bagi memastikan mereka dapat mengawal tekanan perasaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How.

Beliau berkata, penjagaan warga emas amat mencabar dan rumit, justeru sokongan emosi amat diperlukan dan harus disediakan.

"Bukan mudah untuk menjaga warga emas malah sesetengah penjaga mungkin mengalami kemurungan atau tekanan," ujarnya pada Program Pemeriksaan Kesihatan yang dibiayai pejabatnya di Dewan Serbaguna Sungai Maong di sini, hari ini.

Sehubungan itu, See berkata pihaknya kini membiayai program saringan kesihatan yang akan diadakan di pelbagai lokasi dua bulan sekali.

Program tersebut katanya, akan menawarkan perkhidmatan kaunseling, selain pemantauan gula dalam darah dan tekanan darah.

"Kaunseling psikiatri agak penting kerana orang ramai cenderung melupakan aspek ini.

"Ramai yang tidak mengakui bahawa mereka mengalami masalah emosi dan mereka tidak biasa dengannya. Jadi, kami ada kaunselor yang akan datang dan bercakap dengan mereka," tambahnya.

See juga berkata, penganjur menjangkakan kira-kira 200 warga emas dari kawasan perumahan berdekatan akan datang untuk saringan kesihatan hari ini.

Sementara itu, program yang sama telah diadakan di rumah warga emas di Jalan Ong Tiang Swee tahun lepas.

Program saringan kesihatan itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Batu Lintang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052883 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list