CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14697|Reply: 0

[Sarawak] Kelibat tiga kanak-kanak perempuan selongkar sampah undang sebak

[Copy link]
Post time 14-1-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode


Kelibat kanak-kanak perempuan mencari barang di salah satu tempat pembuangan sampah di Limbang menggamit sebak orang ramai.

LIMBANG: Kelibat tiga kanak- kanak perempuan difahamkan bersama datuk mereka menyelongkar tong sampah di salah satu tempat pembuangan sampah di bandar ini mengundang sebak orang ramai.

Tinjauan Utusan Borneo pada petang Jumaat mendapati tiga kanak-kanak itu sedang mencari bahan kitar semula yang boleh digunakan dan barang makanan yang masih elok di sebalik timbunan sampah.

Bau busuk di kawasan tempat pembuangan sampah itu langsung tidak menghalang mereka untuk mencari barang yang masih dapat digunakan.

Ketika disapa, tiga kanak-kanak yang berusia lapan hingga 12 tahun dan masih bersekolah itu hanya membalas dengan senyuman manis.

"Kami sedang mencari barang-barang yang masih elok," kata salah seorang kanak-kanak terbabit yang berusia 10 tahun.

Di tangannya terdapat bungkusan plastik untuk menyimpan fail lama yang dijumpainya dalam timbunanan sampah.

Manakala, seorang lagi kanak-kanak itu menunjukkan plastik bewarna hijau yang hampir penuh dengan barang-barang yang diambil dari tempat pembuangan sampah itu, antaranya minuman kotak, barangan dan alat tulis.

Tiga kanak-kanak itu difahamkan mempunyai hubungan saudara antara satu sama lain.

Mereka ditemani datuk mereka yang sedang sibuk mencari kotak kosong untuk dijual.

Sebaik disapa, lelaki berkenaan memberitahu beliau sedang mencari bahan kitar semula seperti kotak, tin aluminium dan botol plastik untuk dijual bagi mendapatkan sedikit wang buat belanja.

Katanya, hasil jualan mengutip bahan kitar semula tidaklah banyak tapi dapat digunakan untuk perbelanjaan seharian.

Ini merupakan kali kedua media menyaksikan di tempat pembuangan sampah yang sama datuk dan cucu-cucunya mencari bahan kitar semula.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.063460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list