CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14844|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar diingat tidak dekati anjing dan kucing liar, dikhuatiri bawa virus rabies

[Copy link]
Post time 14-1-2024 05:59 PM | Show all posts |Read mode


Dr Siong (duduk tengah), Kiing (duduk, dua kanan) serta pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar merakamkan kenangan selepas Ceramah Kesedaran Antirabies di SK Sentosa di Sibu, hari ini.

SIBU: Pelajar diingatkan supaya tidak mendekati anjing dan kucing liar sekiranya menjumpai binatang itu di mana-mana kerana dikhuatiri membawa virus rabies.

Ketua Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Bahagian Sibu Dr Siong Jing Jing berkata, langkah berjaga-jaga serta kesedaran itu perlu dipupuk dalam golongan pelajar kerana ramai yang menyukai kedua-dua haiwan tersebut.

"Apabila menjumpai haiwan terbiar atau liar, elakkan daripada mendekati mereka.

"Maklumkan kepada orang dewasa jika haiwan liar itu berkelakuan pelik agar mereka dapat mengambil langkah sewajarnya," ujarnya ketika menyampaikan Ceramah Kesedaran Antirabies yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa di sini, hari ini.

Seramai 80 pelajar termasuk ibu bapa dan guru menghadiri ceramah tersebut yang merupakan anjuran Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dengan kerjasama DVS Sarawak.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menghantar haiwan peliharaan mereka untuk mendapatkan vaksinasi secara berkala.

"Mengenai tanggungjawab pemilikan haiwan peliharaan, pemilik perlu mendapatkan vaksinasi secara berkala untuk haiwan peliharaan mereka bagi memastikan mereka dilindungi daripada penyakit rabies.

"Ia adalah tanggungjawab kolektif semua orang dalam mencegah rabies dan ini boleh dilakukan dengan menjaga haiwan peliharaan kita secara bertanggungjawab dengan tidak membiarkan mereka bebas berkeliaran keluar dari pekarangan rumah," katanya.

Turut hadir pada program itu ialah ahli MPS Kaunselor Kiing Teck Ho.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.051013 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list