CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6370|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Petra Jaya mendahului jadual, kini mencapai kemajuan 54.26 peratus: Dr Dzulkefly

[Copy link]
Post time 14-1-2024 05:33 PM | Show all posts |Read mode


Morni (dua kiri) menjelaskan kepada Dr Dzulkefly (kanan) mengenai projek Hospital Petra Jaya. Turut kelihatan, Dr Nor (dua kanan) dan Shukri (tiga kiri).

KUCHING: Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad teruja dengan projek Hospital Petra Jaya yang kini mendahului jadual dan mencapai kemajuan sebanyak 54.26 peratus.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan projek itu dapat disiapkan pada Ogos 2025.

Bagaimanapun apabila hospital itu siap kelak katanya, pihak kementerian akan memerlukan masa selama tiga hingga empat bulan untuk memasang peralatan perubatan mereka.

"Projek itu kini dilihat berada dalam pencapaian sangat baik dan mendahului masa dalam lebih kurang 90 hari iaitu lebih kurang tiga bulan. Kita mahu (terus) memacu, memastikan penyampaian (projek) dan tidak ada lagi yang tergendala.

"Saya tidak nampak apa-apa gendala yang mungkin akan dihadapi (iaitu) dari segi yang akan melengahkan projek ini, sebab semua persiapan boleh dikatakan sangat cocok dengan keperluan.

"Bila saya perhatikan dan mendengar penerangan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor serta yang lain, saya (juga) tidak nampak sebarang gendala," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak projek Hospital Petra Jaya di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Nor Fariza Ngah, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia Ir Shukri Ishak dan Jurutera Awam Penguasa Kanan JKR Malaysia Morni Buang.

Dr Dzulkefly menambah, projek dengan kos RM610 juta tersebut diharap akan dapat dipercepatkan seawal tiga bulan.

"Kita mengharapkan begitu dan saya tidak nampak apa-apa gendala yang lain. Kesemuanya berada di tempat sepatutnya, seperti yang dirancang. Jadi harap-harap tidak ada lagi sebarang 'variation orders' dan sebagainya," ujar beliau lagi.

Untuk rekod, projek Hospital Petra Jaya bermula pada 2013 dan sebelum ini dijadualkan siap pada November 2016.

Namun demikian projek itu menghadapi beberapa kelewatan dan dikategorikan sebagai projek sakit selepas kontraktor terdahulu gagal menyiapkannya mengikut jadual.

Pada 2020, projek itu ditender semula dan melantik Blackfox Engineering Sdn Bhd sebagai kontraktor baharu dengan kos RM410,300,000.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.140707 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list