CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21223|Reply: 0

[Sarawak] Remaja mengaku salah rogol kekasih umur 12 tahun di bawah tangga

[Copy link]
Post time 11-1-2024 08:28 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan | Freepik.com

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah merogol kekasihnya yang berumur 12 tahun, Disember tahun.

Remaja itu membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun 11 bulan di bawah tangga sebuah rumah flat di sini, kira-kira jam 2.30 pagi, 10 Disember 2023.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Afidah memerintahkan tertuduh dilanjutkan reman sehingga menunggu laporan sosial pesalah muda itu pada 8 Februari depan.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan nenek mangsa diberitahu mangsa bahawa telah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya dan kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Pakar obstetrik dan ginekologi seterusnya mengesahkan terdapat koyakan selaput dara pada kemaluan mangsa.

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050934 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list