CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21347|Reply: 0

[Sarawak] Seorang terperangkap, seorang selamat dalam kemalangan kereta, lori

[Copy link]
Post time 11-1-2024 08:18 PM | Show all posts |Read mode


Mangsa diberikan bantuan kecemasan susulan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Tun Razak, Kuching hari ini.

KUCHING: Seorang lelaki terperangkap, manakala seorang lagi selamat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.49 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta, di mana seorang mangsa keluar sendiri, manakala seorang lagi masih berada dalam kereta.

"Pasukan bomba terus membantu mengeluarkan mangsa yang tidak dapat bergerak dan kemudian diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas memastikan keadaan di lokasi selamat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047085 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list