CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21631|Reply: 1

[Sarawak] Jurujual dari Sarawak menang hampir RM29 juta Toto 4D Jackpot

[Copy link]
Post time 11-1-2024 08:13 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Seorang jurujual dari Sarawak menang hampir RM29 juta Toto 4D Jackpot 1 pada 26 Disember 2023 dengan mempertaruhkan nombor-nombor buku nota bank yang disimpannya di dalam paket berwarna merah untuk mendapat nasib baik.

Lelaki berusia 46 tahun itu memberitahu STM Lotery Sdn Bhd bahawa nombor yang membolehkannya memenangi RM29 juta itu ialah '7871 & 9736’ yang merupakan nombor-nombor buku nota bank.

"Itu adalah 'special draw', pada mulanya kami tidak merancang untuk membeli nombor-nombor ini semasa 'special draw' tetapi nasib baik saya mengubah fikiran dan pergi ke kedai taruhan selepas makan tengah hari. Kalau tidak, sudah mesti saya tidak akan menang jackpot! " katanya.

Dia menambah, walaupun kini sudah menjadi jutawan, dia akan terus bekerja kerana masih muda untuk bersara malah akan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Katanya lagi wang taruhan yang dimenangi itu akan dikongsi bersama keluarga dan memperuntukkan bakinya untuk pelaburan.

Dia membeli tiket 'System 4' yang membolehkannya memenangi RM28,996,296.85 dan tambahan RM672 sebagai bonus.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 08:07 AM | Show all posts
lepas cukai, lepas bayar lawyer and so on, berapa agaknya dapat nett cash??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051657 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list