CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21820|Reply: 0

[Sarawak] Kerja naik taraf jalan di Kuala Mendalam dilaksana dengan kos RM49 juta

[Copy link]
Post time 11-1-2024 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-1-2024 12:11 PM



Hasbi (duduk dua kanan) ketika mengadakan lawatan ke Rumah Satu, Kuala Mendalam baru-baru ini.

LIMBANG: Kerja menaik taraf jalan pedalaman dari Rumah Semena hingga Rumah Satu di Kuala Mendalam, Hulu Medamit di sini sedang dilaksanakan dengan kos keseluruhan RM49 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, pembinaan itu yang dilaksanakan di bawah Projek Jiwa Murni sebelum ini, akan dilakukan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, kerja itu perlu untuk memudahkan perhubungan beberapa rumah panjang, sebuah sekolah dan klinik kesihatan di kawasan berkenaan yang rosak sebelum ini.

"Jalan Kuala Mendalam ini dulunya dibina di bawah Projek Jiwa Murni dan saya difahamkan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa projek bernilai RM49 juta akan dinaik taraf kepada R3,” katanya kepada media ketika mengadakan lawatan kerja ke Hulu Medamit dan Kuala Mendalam baru-baru ini.

Turut serta ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang.

Pada masa ini katanya, projek itu dalam peringkat penyerahan tender kepada pihak kontraktor yang dilantik.

Beliau turut berpuas hati dengan kerja penyelenggaraan jalan berkenaan.

Hasbi berharap agar segala projek kerajaan dapat dilaksanakan segera termasuk projek luar bandar membabitkan pembinaan jalan di Kampung Limpaku Pinang dengan kos RM200 juta.

"Sebab kita kalau boleh semua projek ini kita nak ia bermula lebih awal dan mana-mana yang belum dilaksanakan itu kenalah dipercepatkan.

“Kami telahpun ada taklimat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran termasuk jalan ke Limpaku Pinang bernilai RM200 juta sekarang ini sudah di peringkat penyerahan tender,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.143784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list