CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21876|Reply: 0

[Sarawak] Program perintis bantu pelajar miliki lesen memandu motosikal di Miri

[Copy link]
Post time 11-1-2024 07:56 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Fifi, Norizan, Lee dan Juan bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan selepas mesyuarat BLM MyLesen di JPJ Miri, hari ini.

MIRI: Program perintis untuk membantu pelajar sekolah menengah di sini mendapatkan lesen memandu motosikal akan dilaksanakan bermula bulan ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah meluluskan sebanyak 1,000 lesen memandu Kelas B2 untuk pelaksanaan projek tersebut di bawah Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) MyLesen.

Lee berkata, penyertaan tertumpu kepada pelajar berusia 16 tahun ke atas dari keluarga berpendapatan rendah yang mahu mendapatkan lesen memandu motosikal dengan bayaran subsidi RM250.

"Untuk Miri, inilah kali pertama program ini dijalankan dan ini juga kali pertama program ini tertumpu ke atas pelajar-pelajar sahaja," ujarnya selepas menghadiri mesyuarat di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili, Ketua JPJ Miri Fifi Suhesty Hasmuni, Timbalan Residen Miri Juan Ubit dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Miri Sektor Pembangunan Murid Then Fen Nee.

Lee berharap ilmu yang diperolehi ketika menghadiri kursus pemanduan akan menjadikan pelajar lebih berhemah ketika menunggang motosikal di jalan raya.
Beliau menambah, program itu dirancang dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dan akan diteruskan mengikut keperluan.

Sehubungan itu katanya, pengetua-pengetua sekolah diminta untuk menghantar nama-nama pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah yang tidak mempunyai lesen dan pelajar yang ingin mendapat lesen motosikal.

"Pengetua perlu menghantar maklumat mengikut borang yang diedarkan selewat-lewatnya 31 Januari.

"Mereka yang layak termasuk penerima bantuan B40, e-Kasih serta orang kelainan upaya (OKU) yang telah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan dan doktor.

"Ini akan menjadi program perintis dan selepas ini Kementerian Pengangkutan mahu ia dipanjangkan kepada bahagian-bahagian lain yang ada masalah seperti ini (pelajar tiada lesen memandu)," jelasnya.

Menurut Lee, beliau telah melawat beberapa sekolah menengah di sini untuk meneliti masalah pelajar menunggang motosikal ke sekolah tanpa memiliki lesen memandu.

Katanya, beliau mendapati terdapat sebuah sekolah menengah memiliki seramai 100 pelajar bermotosikal ke sekolah.

Bagaimanapun jelasnya, sebahagian besar mereka tidak mempunyai lesen dan tidak mematuhi peraturan seperti tidak memakai topi keledar.

Sehubungan itu katanya, beliau telah berbincang dengan Pengarah JPJ Sarawak untuk mencari cara bagi membantu mengatasi masalah itu.

Di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia katanya, terdapat program bantuan lesen memandu Kelas B2 untuk motosikal khasnya bagi golongan memerlukan termasuk B40.

"Saya telah memohon untuk mengadakan satu projek perintis di Miri khasnya di kawasan Senadin kerana kawasan itu menghadapi masalah besar ini," jelasnya yang juga ADUN Senadin.

Mengulas tentang isu mat rempit,  Lee telah merujuk masalah itu kepada pihak polis trafik dan beliau dimaklumkan bahawa hampir 90 peratus adalah pelajar sekolah berusia 16 tahun ke atas.

Daripada kursus yang dikendalikan dalam program itu, Lee berharap akan membantu mengurangkan gejala mat rempit dalam kalangan pelajar setelah mengetahui kepentingan keselamatan jalan raya.

"Semua pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah, mereka mesti ada lesen, mereka mesti mengikuti kursus dan mereka semua faham peraturan lalu lintas supaya kita boleh mengurangkan kemalangan di jalan raya.

"Mereka yang tidak ada lesen, mereka tidak tahu peraturan lalu lintas.

"Itulah satu bahaya. Saya nampak ia satu masalah yang perlu diberi perhatian secepat mungkin," jelasnya.

Beliau berharap program akan diteruskan di peringkat kampung untuk membantu penduduk memiliki lesen memandu motosikal.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.338477 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list