CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21649|Reply: 0

[Sarawak] Kembar lelaki ditemui di anak sungai dekat Kampung Gita, seorang meninggal dunia

[Copy link]
Post time 10-1-2024 10:15 PM | Show all posts |Read mode


Lokasi anak sungai di mana kedua-dua mangsa ditemui.

KUCHING: Seorang daripada kembar lelaki yang ditemui di sebatang anak sungai berhampiran Kampung Gita di sini disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), petang ini.

Menurut sumber, mangsa disahkan meninggal dunia semasa cuba diselamatkan, manakala kembarnya dilaporkan stabil.

"Polis menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.41 petang melibatkan dua orang mangsa iaitu adik-beradik kembar berusia 12 tahun.

"Seorang selamat dan seorang lagi disahkan meninggal dunia di HUS," kata sumber.

Tambahnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut dijalankan.

"Justeru, kita mohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang serta menghormati keluarga mangsa," ujarnya.

Semasa kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke kedai berdekatan dan berhenti di tepi anak sungai tersebut.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam anak sungai terbabit menyebabkan seorang lagi bertindak terjun untuk menyelamatkan kembarnya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian segera membantu kedua-dua mangsa.

Ambulans dari HUS turut dikerahkan ke lokasi kejadian.

Seorang daripada mangsa yang didapati tidak sedarkan diri kemudian dikejarkan ke HUS menggunakan ambulans, manakala seorang lagi dihantar oleh keluarganya.
Mangsa yang tidak sedarkan diri bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan HUS.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049853 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list