CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21078|Reply: 0

[Sarawak] SBTCA lega SBST hanya untuk pengusaha Sarawak

[Copy link]
Post time 10-1-2024 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Loke telah beri jaminan program SBST Kuching hanya disertai pengusaha bas henti-henti Sarawak



Ahli SBTCA merakam kenangan bersama Loke (duduk, lima kanan) dan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah (duduk, enam kanan) semasa mesyuarat pada 8 Januari lalu. Turut kelihatan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Dato Alice Jawan Empaling (duduk, dua kiri).

KUCHING: Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) menarik nafas lega selepas Kementerian Pengangkutan Malaysia memutuskan program Transformasi Perkhidmat Bas Henti-Henti (SBST) di Sarawak tidak akan melibatkan syarikat penyedia perkhidmatan dari Semenanjung Malaysia.

SBTCA dalam kenyataannya berkata Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah memberi jaminan program SBST Kuching hanya akan disertai oleh pengusaha bas henti-henti Sarawak.

“SBTCA, satu-satunya persatuan mewakili pengusaha bas henti-henti dan ekspres Sarawak berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan Malaysia YB Anthony Loke Siew Fook kerana pertemuan dengan beliau baru-baru ini membuahkan hasil yang menggembirakan sekali gus menyelesaikan isu tertangguh lama dihadapi industri.

“Kami juga berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, kerana sudi membantu kami membawa masalah ini kepada YB Loke, membawa kejayaan dalam mesyuarat pada 8 Januari lalu,” katanya.

Menjelas lanjut SBTCA sebelum ini berasa gusar dengan cadangan kerajaan persekutuan untuk memperluaskan program SBST ke seluruh negara termasuk Sarawak dan membuka perkhidmatan bas Sarawak kepada syarikat-syarikat dari Semenanjung Malaysia.

“SBTCA juga berasa gembira kerana kerajaan sedia menaja latihan kepada 300 pemandu baharu untuk Sarawak bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja dihadapi ketika ini.

“Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan menyegerakan pembukaan lebih banyak pusat latihan bagi Lesen Pemandu Bas PSV di sebelah Kuching seperti yang dijanjikan dalam mesyuarat untuk kebaikan rakyat kita,” katanya.

Dalam pada itu, SBTCA berharap akan mengkaji semula tambang bas dikenakan di negeri ini kerana kali terakhir pelarasan dilakukan ialah pada 2009.

Menurut SBTCA inflasi yang berlaku selama 15 tahun telah meningkatkan kos operasi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.456366 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list