CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19289|Reply: 0

[Sarawak] Pengawal keselamatan rosakkan harta benda di tempat kerja didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 9-1-2024 10:30 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Dua pengawal keselamatan yang mabuk dan merosakkan harta benda di tempat kerja hingga menyebabkan kerugian RM250, didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhamad Hafis Mohd Nizammuddin, 28, dan Rostenlin William, 24, yang mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.   

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut sekitar jam 8.56 malam pada 22 Disember 2023 di ruang rehat pekerja di premis syarikat yang terletak di Bintawa, di sini.

Mengikut keterangan kes, empat pengawal keselamatan membawa masuk minuman beralkohol ke dalam premis syarikat terbabit pada hari kejadian dan meminumnya di ruang rehat pekerja.

Bagaimanapun, Hafis dan Rostenlin yang berada di bawah pengaruh alkohol kemudian bertindak agresif dengan merosakkan harta benda milik syarikat.
Laporan polis dibuat dan kedua-dua tertuduh ditangkap pada 7 Januari 2024.

Hasil siasatan mendapati Hafis mengaku telah menumbuk meja dan peti loker pekerja, selain membaling kerusi serta menendang pembahagi air.
Sementara Rostenlin mengaku telah menumbuk peti besi loker pekerja.

Akibat kejadian itu, harta benda syarikat mengalami kerosakan sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM250.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053458 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list