CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18948|Reply: 0

[Sarawak] Tiga lokasi Lebuh Raya Pan Borneo pakej WPC04 Pantu-Sri Aman ditutup

[Copy link]
Post time 9-1-2024 10:04 PM | Show all posts |Read mode


Laluan Lebuh Raya Pan Borneo di pekan Lachau ditutup pada 11 Januari ini.

SRI AMAN: Tiga lokasi di Lebuh Raya Pan Borneo pakej WPC04 Pantu-Sri Aman ditutup mengikut tarikh ditetapkan bagi kerja-kerja pemasangan 'steel trust' jejantas.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan itu melibatkan pekan Lachau, Sekolah Kebangsaan (SK) Selepong dan SK Melugu dekat sini.

Menurut kenyataan tersebut, lokasi di pekan Lachau ditutup pada 11 Januari ini mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.


Laluan Lebuh Raya Pan Borneo di SK Selepong ditutup pada 15 Januari ini.

Manakala di SK Selepong ditutup pada 15 Januari ini dan di SK Melugu ditutup pada 17 Januari ini masa sama bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Justeru, pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo diminta berhati-hati ketika melalui kawasan pembinaan tersebut.


Laluan Lebuh Raya Pan Borneo di SK Melugu ditutup pada 17 Januari ini.

“Sila patuhi papan tanda keselamatan disediakan dan mengikut arahan pengawal bendera semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan,” jelas kenyataan itu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054001 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list