CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18764|Reply: 0

[Sarawak] Bayi pramatang bermasalah jantung perlukan bantuan

[Copy link]
Post time 9-1-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode


Lisa (kiri) menyampaikan sumbangan kepada ibu saudara Danisha (bayi yang dipangku) di HUS hari ini.

KUCHING: Seorang bayi perempuan pramatang di Hospital Umum Sarawak (HUS) memerlukan bantuan kewangan daripada orang ramai.

Bayi tersebut yang dikenali sebagai Danisha Dylia Daniel Abdullah, baru sahaja berumur sebulan setengah mengalami keadaan jantung yang tidak normal.
"Arterinya terlalu sempit dan membawa kepada komplikasi jantung dan pernafasan.

"Walaupun secara zahirnya Danisha kelihatan seperti bayi yang sihat dan normal, dia sebenarnya bayi pramatang dan menggunakan mesin oksigen untuk bernafas," kata satu kenyataan daripada pertubuhan sosial Hope Place hari ini.

Hope Place Kuching yang diwakili Pegawai Media dan Pentadbirnya Lisa Chee telah datang melawat dan menyumbang sedikit bantuan kepada keluarga Danisha.

Bagaimanapun, bayi berkenaan dijaga oleh ibu saudaranya kerana ibu kandung bayi tersebut terpaksa pulang ke kampung halaman di Betong kerana salah seorang anaknya telah jatuh sakit.

Danisha merupakan anak bongsu dan mempunyai tiga adik beradik lainnya yang berumur antara 6 hingga 16 tahun.

Bapanya Daniel bekerja sebagai pekerja am dan berpendapatan di bawah gaji minimum sementara ibunya yang dikenali sebagai Nur Dalisha pula tidak bekerja.

Walaupun Danisha mempunyai bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 namun ia tidak mencukupi ditambah lagi dengan harga barang mahal.

Tambah buruk lagi, keluarga Danisha tidak mempunyai saudara-mara di sini.

Hope Place hari ini memberi Danisha lampin bayi dan susu formula sepanjang tempoh dia tinggal HUS.

Untuk maklumat lanjut, Hope Place atau Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (PKHK) boleh dihubungi di talian 082-505987.  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.056750 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list