CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12106|Reply: 0

[Sabah] Dua lelaki ditahan bawa barang kawalan melebihi had

[Copy link]
Post time 7-1-2024 03:16 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Dua lelaki bersama barang kawalan berkenaan dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo selepas didapati membawa barang kawalan melebihi had dibenarkan di Utara Sungai Melayu, di sini semalam.

Bot kargo yang dikendalikan juragan dan kru warga tempatan itu ditahan bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Khas Cegah PTI dan Op Tiris di kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, hasil pemeriksaan mendapati juragan dan kru bot terbabit membawa muatan 3 tan beras dan 3.5 tan gula iaitu melebihi had ditetapkan.

“Kedua-dua mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kastam 1967, membawa barang melebihi menifest dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000 selain juragan terbabit turut gagal mengemukakan lesen bot,”katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, bot kargo bersama juragan dan kru dibawa ke jeti Maritim Malaysia, sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Kami akan terus tingkatkan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar perairan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang tugas anggota Maritim Malaysia.

“Orang awam diminta memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat salah laku jenayah yang berlaku di laut kepada Zon Maritim Tawau ditalian 089- 752116 atau hubungi MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.172823 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list