CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12025|Reply: 0

[Sabah] Lelaki ditahan miliki peluru, senjata bakakuk

[Copy link]
Post time 7-1-2024 07:31 AM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Polis menahan seorang lelaki selepas didapati memiliki selaras senapang buatan sendiri jenis bakakuk dan peluru di Kampung Sungai Udin, Jalan Kalabakan, di sini, semalam.



Suspek ditahan dalam satu serbuan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama anggota Balai Polis Bombalai, jam 12.05 tengah hari.

Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat awam, sebelum membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas rumah berkenaan berjaya menemukan satu laras senapang jenis bakakuk dan lima butir peluru.

“Suspek berusia 53 tahun dan barang rampasan kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.



“Siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku bahawa senjata buatan sendiri jenis bakakuk adalah miliknya,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Menurutnya, suspek turut mengaku senjata dan peluru berkenaan diberikan oleh rakannya yang telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber suspek memperoleh senjata berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.080326 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list