CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12020|Reply: 0

[Sabah] Pasar Ramai-Ramai jadi alternatif kepada Pasar Karamunting

[Copy link]
Post time 7-1-2024 07:22 AM | Show all posts |Read mode

SANDAKAN: Pasar Ramai-Ramai boleh dijadikan sebagai alternatif kepada Pasar Karamunting untuk sementara.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok

Woh berkata, pasar yang terletak di Bandar Ramai-Ramai itu sesuai memandangkan keadaan pasar Karamunting semakin daif dan membimbangkan.

"Saya mencadangkan perkara ini demi keselamatan para peniaga dan pengunjung kerana sudah beberapa insiden tidak diingini berlaku.

"Kejadian seorang wanita pada 9 Disember 2023 yang cedera dalam pasar berkenaan perlu dijadikan contoh agar ia tidak lagi berulang.

"Menteri berkaitan juga telah membuat lawatan ke pasar berkenaan pada 2021 dan mencadangkan pihak berwajib mencari satu lokasi baharu untuk membina pasar baharu," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau juga mencadangkan agar dana peruntukan baik pulih Pasar Karamunting yang terhad disalurkan ke Pasar Ramai-Ramai untuk penambahbaikan pasar berkenaan.

Katanya, penjimatan kos dapat dicapai kerana Pasar Ramai-Ramai mempunyai kemudahan yang masih dalam keadaan baik.

"Saya berharap surat yang saya serahkan kepada pihak berwajib dapat dipertimbangkan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.261355 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list