CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32768|Reply: 0

[Pulau Pinang] Langkah Dubai hanya angan-angan Mat Jenin - Shamsul Iskandar

  [Copy link]
Post time 6-1-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Langkah Dubai hanya angan-angan Mat Jenin - Shamsul Iskandar

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
06 Januari 2024 01:52pm




Shamsul Iskandar Mohd Akin




BUKIT MERTAJAM - Usaha yang digerakkan pemimpin pembangkang untuk menukar kerajaan melalui Langkah Dubai disifatkan hanya khayalan seperti angan-angan Mat Jenin.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tiada asas sama sekali akan berlaku pertukaran kerajaan melalui usaha yang dilakukan sedangkan ketika ini kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan melebihi dua pertiga di Parlimen.



Malah katanya, Anwar ketika diberi amanah memimpin negara beliau memulakan dengan membawa usul undi percaya dalam Parlimen untuk menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.
"Langkah pertama yang dibuat Perdana Menteri ketika itu adalah bawa ke Parlimen bagi menguji keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri. Ketika itu tidak ada mana-mana pun pembangkang yang bangun dan bangkit kononnya mereka ada jumlah dan ada blok atau sebagainya.


"Kenyataan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan jaminan bahawa mereka memberikan sokongan kepada PMX, sama juga dengan GRS, jadi saya tidak tahu mana datangnya jumlah-jumlah tersebut untuk mereka tubuhkan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Shamsol Iskandar berkata, sekiranya benar ada gerakan yang sedang diusahakan melalui Langkah Dubai, tidak mustahil berlakunya elemen suapan yang sepatutnya disiasat dan diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, cakap-cakap terbaharu dimulakan oleh Raja Petra sangat tidak bertanggungjawab dan sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas untuk menghentikan sebarang usaha menggulingkan kerajaan.

"Perkara ini perlu dihentikan kerana ini seolah-olah percubaan untuk menunjukkan keresahan kepada masyarakat dan untuk menggulingkan kerajaan sedangkan kita mempunyai jumlah yang sangat cukup dan semua ketua-ketua parti dalam komponen masih bersama dengan Kerajaan Perpaduan.




"Cukuplah, rakyat telah melihat sepanjang tempoh dari 2018 hingga 2022 berlaku perubahan kerajaan demi kerajaan yang tidak menguntungkan negara.

"Justeru kita memberikan penamat kepada pilihan raya pada 2022, dengan penamat itu wujudnya kestabilan dan akhirnya kita lihat buat pertama kali dalam sejarah Malaysia pelaburan-pelaburan asing itu antara yang tertinggi jumlahnya kita raih," tambahnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050271 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list