CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28757|Reply: 0

[Sabah] Dua warga asing ditahan disyaki curi motosikal

[Copy link]
Post time 28-12-2023 06:37 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Salah seorang suspek yang ditahan dalam operasi berkenaan.

TAWAU: Dua lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat mencuri sebuah motosikal, di kawasan Brumas, Kalabakan semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan di Balai Polis Sri Indah, di sini mengenai kehilangan sebuah motosikal di Kampung Balung Cocos.

Katanya, sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai dan Balai Polis Bandar Sri Indah dibantu Polis Bantuan Sabah Softwoods Sdn Bhd menjalankan operasi di kawasan Brumas.

“Pasukan operasi mengesan seorang lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan ladang Brumas Kalabakan.

“Polis terus bertindak menahan lelaki terbabit dan mendapati motosikal berkenaan bukan miliknya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, motosikal berkenaan dicuri dan pernah dilaporkan hilang sebelum ini.

“Hasil pandu arah suspek, polis kemudian berjaya mengesan suspek kedua yang disyaki turut terlibat mencuri motosikal berkenaan.

“Suspek cuba bertindak agresif dan berlaku pergelutan dengan pasukan operasi, sebelum berjaya ditangkap,”katanya.

Jasmin berkata, hasil pemriksaan lanjut, kedua-dua suspek berumur 16 dan 33 tahun itu adalah warga asing dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057804 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list